Monday, June 11, 2012

Orang Penting..


Orang yang paling penting dan orang yang paling aku sayang adalah ibu & abah aku.. 
Tiada siapa yang boleh gantikan tempat dorang..
Aizuddin pon tak boleh gantikan tempat dorang..
Ibu & abah tak dapat digantikkan dengan sesiapa tetapi kekasih hati boleh di gantikkan dengan orang lain..
Jikalau mereka sudah tiada di dunia ini aku tak tahu nak cakap macam mana.. 
Tapi yang paling pasti..
Aku akan rasa hidup aku sangat gelap..
Aku juga rasa kedua kaki aku tak dapat nak bergerak..
Kudrat ku sudah tiada..
Hati aku akan rasa kosong & kehilangan..
Mereka umpama nadi, jantung dan payung bagi aku..
Bagi aku ibu & abah nilai dia amat mahal..

Walupun korang bagi segunung emas pun kat dorang.. 
Emas tu tak setimpal dengan pengorbanan yang dorang dah buat utk kau..
Seriously, kalau orang atau ada ceramah pasal ibu & abah setiap kali tu aku akan menangis..
Aku sedih..
Aku sayu..
Dan setiap kali kalau ibu aku asik cakap ' kalu ibu mati macam mana korang nanti?'
Perkataan tu aku paling pantang aku dengar..
setiap kali dengar memang cepat je airmata membasahi pipi..

..My Soul..

Antara ibu & abah aku..
Aku paling rapat dengan ibu aku...
Apa-apa masalah ibu akan tahu dulu daripada abah..
Ibu selalu ada untuk aku..
Ibu senantiasa memberi semangat..
Ibu adalah pendengar yang baik..
Masa aku sekolah dulu, ibu cakap aku seorang yang pendiam..
Tapi lepas aku masuk matrik aku jadi peramah dalam family..
Dulu...
Ibu tak penah tahu pun aku apply apa lepas SPM..
Ibu tak penah pun ajar aku macam mana nak apply sebab ibu pun tak tahu..
Ibu jugak tak penah tahu tiap-tiap pagi aku akan buat ulangkaji time aku sekolah dulu..
Adik perempuan aku je yang tahu.. HAHA.. 
Dia selalu bising sebab aku buka lampu study dalam bilik sebab terang sangat..
Yang ibu tahu lepas balik sekolah aku menghadap internet, tengok tv 24 hours..
Masa result SPM ibu terkejut dengan result aku dapat..

Kalau abah pula.. 
Abah jenis yang tak pandai tunjukkan kasih sayang..
Abah garang...
Abah lain dari yang lain..
Dia jenis yang suka kritik & cabar anak-anak dia..
Abah tak penah bagi semangat dekat aku..
Abah selalu bagi kritikan..
semuanya pedas-pedas belaka..
Dengan kritikan tu la aku dapat masuk U..
Dengan kritikan & cabaran tu la yang buat result SPM aku okay..
Dengan selalu kena rotan jugak lah aku hampir berjaya sekarang..
Abah paling pantang kalau anak-anak dia tidur lepas solat subuh..
kalau kita orang tidur lepas solat subuh confirm bergegar rumah kitaorang..
HAHA...
Sebab tu tak da siapa yang berani tidur balik..
kalau tidur balik memang kena marah..
Abah akan buat kita orang bangun..
Aku sayang abah aku..
Apa keperluan aku yang tak cukup abah akan usahakan..
Paling best..
Kalau aku nak makan apa-apa abah mesti akan masakkan..
Seriously, air tangan abah tiada tandingan..

..My Family..

Setiap kali aku balik hostel aku akan rindu dengan family aku.. Aku rindu nak gaduh dengan adik aku, aku rindu nak rasa sibuk, aku rindu nak tengok tv sama-sama satu family setiap petang.. aku rindu nak berdebat dengan abah.. aku rindu nak tolong abah setiap pagi.. dekat rumah ibu & abah selalu akan kejut semua anak dia bangun solat subuh.. Aku rindu nak baca yasin ramai-ramai setiap malam jumaat.. Aku rindu nak lepak dengan family aku dekat halaman umah sambil bersaksikan anak rabbit yang sedang bermain- main.. Aku rindu semuanya..!!!

Dulu masa aku sakit, ibu & abah orang yang paling risau pasal aku.. Ibu yang jaga aku selama 2 minggu aku masuk hospital siang & malam.. Berkat dari doa family aku lah yang buat aku totally sembuh dari penyakit yang boleh di kategorikan merbahaya & terlepas dari segala kemungkinan..  Masa tu baru aku sedar dorang yang paling penting dalam hidup aku.. Ibu, abah terima kasih untuk segala-galanya.. kak long sayang sangat dengan ibu & abah.. Nasihat aku hargailah orang tua anda sebelum dia pergi meninggalkan korang..

>> Cukuplah sampai setakat ni..aku da tak sanggup meneruskan penulisan aku di blog ni tentang kisah ni.. Banyak air mata aku sudah membasahi pipi ketika menulis entry ini.. nanti banjir pulak bilik aku dengan air mata.. huhu..

No comments:

Post a Comment

You Might Also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...