Friday, June 15, 2012

Mengapa..


Mengapa aku sering merasa bahawa tiada tempat untuk aku di hati orang yang aku sayang?
Mengapa semua orang yang aku sayang tidak dapat meluangkan masa untuk aku?
Mengapa di saat aku memerlukan seseorang mereka sering tiada?

Mengapa aku tidak dapat merasai kebahagiaan seperti mana orang lain mendapatkan kebahagiaan?
Mengapa aku sering kali merasa bahawa kebahagiaan bukan milikku?

Aku tahu..
Tiada seorang pun yang sempurna..
Di dunia ini tiada yang sempurna melainkan ada yang menyempurnakannya..
Amat sulit untuk menemui insan yang sanggup menerima kita seadanya..
Susah untuk di luahkan dengan kata-kata..
Hanya DIA sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku sekarang..

Mengapa sering kali aku merasa aku adalah insan bukan terbaik untuknya?
Mengapa sering kali aku merasa tiada orang yang menghargai kehadiran aku?

Aku manusia lemah..
Aku tidak sempurna..
Aku manusia biasa yang mengharapkan dan mengimpikan kebahagiaan..
Aku berharap..
Satu hari nanti kebahagiaan akan menjadi milik aku jua..


No comments:

Post a Comment

You Might Also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...