Saturday, January 26, 2013

Istiqomah..


Ya, ini kenyataanya, banyak yang ingin berubah, tetapi dia tidak pernah belajar cara berubah dengan betul dan tetap akan dengan pendirian dalam dirinya.. 

Istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah.
Selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”


" Change is for everyone but only strong person can accept the change. "

Apabila kita menetapkan hati kita untuk berubah berbagai bentuk badai yang mendatang..
Kita senantiasa di uji Allah dengan pelbagai dugaan dan cabaran..
Insan yang tidak pernah kenal erti putus asa dan kuat akan memperoleh kemenangan untuk dirinya yang sedang memperjuangkan hijrah mereka..

" Asas kepada Kejayaan adalah perjuangan dan kesabaran.. "

Betul... betul... 
Setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan..
Setiap yang pahit ada kemanisan yang penting kita harus berpegang teguh dengan pendirian dan memerlukan azam yang tinggi..

Bagi yang lemah hatinya, tidak tetap akan pendiriannya harus bertanya kepada diri sendiri..
" Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.? "
Aku berubah atas niat apa?

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.

Macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". 
Jawapannya cari Allah.. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. 
Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.?

Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. 
[HR Muslim]

Tidaklah akan istiqomah iman seorang hamba sampai istiqomah hatinya, dan tidak akan istiqomah hatinya sampai istiqomah lisannya 
[ H.R Ahmad ]

Tiga kepercyaan yang perlu ada pada diri kita iaitu :
1. Percaya bahawa Allah akan menolong kita kerana Dia sentiasa berada di sisi kita..
2. Percaya dan yakin pada diri sendiri anda boleh melakukannya...
3. Percaya dengan tujuan kita.. Tujuan yang baik akan di permudahkan urusannya..

Bentuklah hati kita dengan kata-kata yang membangun..
Ramai orang mengeluh, memaki, dan bersifat negatif yang boleh membuatkan hatinya kotor..
Bersihkan, indahkan dan perkuatlah kata-kata kita agar hati kita kuat dan teguh dalam pendirian..
InsyaAllah...
Bell harap bell dapat beristiqomah dalam melakukan perubahan ini..

Wednesday, January 23, 2013

Pertemuan dan perpisahan…


Walau seketika pertemuan
Kita terpisah dengan lautan
Namun kau tetap di ingatan
Dirimu tak mungkin ku lupa
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu 
Ya Allah bantulah hambaMu
Senyuman yang tersirat di bibirmu 
Gelagat, gelak tawa, emosimu menjadi ingatan di setiap waktu 
Tanda kemesraan bersimpul padu 
Kenanglah daku dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu...


Pertemuan dan perpisahan…
Ada gelap ada terang, ada air ada api, ada keras ada pula lembut, ada proton ada netron, dan fakta terbaru yang di temukan oleh manusia, ada materi dan ada pula anti materi..
Kita boleh mengambil masa dalam satu minit, beberapa saat, beberapa jam dan beberapa hari untuk mengenal seseorang tetapi kita akan mengambil sepanjang hayat kita untuk melupakan seseorang..

Yes...
That true.. bell penah merasainya..
 Kadang kala perpisahan yang terjadi disebabkan oleh tingkah laku kita sendiri ataupun memang kawan kita itu tak pernah menghargai akan kehadiran kita..
Dan juga mungkin perpisahan berlaku di sebabkan Allah telah menjemput hambaNya..
Boleh jadi kita penat dengan semua yang kita tanggung sepanjang kita berhubung dengannya..
sometimes we need some space to be alone.. 
so perpisahan seketika amat di perlukan..


Terkadang perpisahan itu terasa menyakitkan, semua itu pasti akan terjadi cepat ataupun lambat..
Kalau tidak sekarang pun, suatu saat salah satu dari kita pasti akan meninggal, dan meninggalkan semua keluarga dan orang-orang disekitarnya dalam kehilangan..


Yes...
selagi kita bergantung kepada Allah kita tak kan merasa kecewa sebab kita yakin dengan Allah..
tak kira lah siapa yang meninggalkan kita especially kawan - kawan atau teman hidup kita...
Tanam lah niat kita bertemu dan kita sayang kerana Allah..

Tetapi Allah tak suka akan manusia yang memutuskan silaturrahim.. Maka peliharalah hubungan di antara manusia selagi ajal kita belum di jemput Ilahi.. Ambillah sikap buang yang keruh ambil yang jernih.. 
Tiada satu pun manusia sempurna di muka bumi Allah dan tiada seorang pun yang tidak pernah melakukan kesilapan.. 
Semua orang pernah melakukan kesilapan dan ada sejarah silam masing - masing..
Sentiasalah memaafkan atas kesalahan yang telah dia buat kepada kita..

 Allah berfirman :
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya).
[Surah Yunus:49]

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda : 
"Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Khirasy Al Aslami radhiyallahu`anhu berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: 
“Barangsiapa memutuskan hubungan dengan saudaranya selama 1 tahun, maka ia seperti mengalirkan darahnya (membunuhnya).” 
[HR. Al-Bukhari]

Monday, January 21, 2013

Need to change..!


Pasti dalam diri kita pasti pernah terdetik untuk berubah. Perompak pun pasti dalam suatu saat dalam hidupnya ingin berubah. Mahu berubah ke arah mana? Berubah ke arah kebaikan. Apabila kita ada rasa ingin berubah atau melihat orang yang berada dalam keadaan ingin berubah ini, suka diingatkan untuk kita,  janganlah kita menganggap refleksi itu sebagai ‘buang tabiat’ sebaliknya hendaklah kita fahami dengan yakin, bahawa itulah sebenarnya fitrah.

Siapakah kita telah jadi hari ini, dan siapakah kita akan jadi pada hari esok.? Muhasabah diri..
Mari kita sama – sama bermuhasabah, bagaimana kita melayan dosa-dosa kita? bagaimana kita melayan kesilapan – kesilapan lalu kita. Adakah kita menganggap dosa itu satu perkara kecil? Hingga kita melengah-lengahkan taubat kita kepada Allah SWT? Apakah kita menganggap, dosa itu satu perkara yang bersih, sehingga kita tidak tergerak untuk mencucinya segera...


Apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

 “ Dambakan imam muda, didiklah diri menjadi makmum muda. Dambakan putera puteri agama, didiklah diri menjadi permaisuri agama..”

Yes, I need to change my attitude, my dress and all that I think wrong…  Kadang kala pabila tengok orang sekeliling yang sudah berubah kearah lebih baik, ingin menjadi seorang wanita ke arah syurga bell rasa amat kerdil dan terasa ingin juga mengikut jejak seperti mereka akan tetapi kekuatan diri ini belum cukup kuat..
Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.

“ Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful ”

Nak berubah itu sukar kita memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berubah..  Jangan terlalu memaksa dan berubah secara drastik..  Cukuplah sekadar berubah secara perlahan – lahan.. Bell sendiri sedikit demi sedikit cuba untuk berubah untuk menjadi seorang wanita solehah.. Jangan takut, ALLAH bersama kita..

Allah berfirman :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri”
(Al-Baqarah : ayat 222)

Berubah mendekatkan diri kepada ALLAH bukan bererti meninggalkan dunia dan segala keseronokan diwaktu alam remaja. Islam tidaklah begitu ‘kencang’ sehingga mengekang fitrah manusia yang sukakan kepada benda-benda hiburan yang menyenangkan hati. Dan membungakan jiwa.

Berubahlah, hanya kerana redha ALLAH.
Berubahlah, kerana kau memang perlu berubah.
Berubahlah, kerana memang inilah masanya kau untuk berubah.

Langkah demi langkah. Perlahan-lahan dan istiqamah.

Kita lebih kenal diri kita masing-masing bagaimana. Maka, kuncinya adalah diri kita sendiri. Biarlah sikit tapi berterusan, amalan begitu lebih ALLAH sukai..!

Sunday, January 20, 2013

Setia Hujung Nyawa

Sekarang bell minat sangat dengan cerita setia hujung nyawa... 
cerita dia sangat best..
cerita di adaptasi dari novel setia hujung nyawa..
 Pengajaran yang perlu di ambil dalam cerita ini adalah jauhilah zina kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...



Sinopsis cerita setia hujung nyawa..

“ Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri.

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.

Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang terbaik..Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. Ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. Kesudahan novel ini happy ending. So, mungkin jalan cerita mereka dalam drama jugak akan berakhir dengan happy ending. Sekarang masih dalam plot anti-klimaks....hahaha....yo oh yo oh je bell nie.....>__<

Allah befirman : 
" LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang - orang yang beriman" 
( Surah Al-Nur : 3)

Allah berfirman :
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ (٣٢
dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.. dan suatu jalan yang buruk.
(Al Isro’ 32)

Rasulullah bersabda :
ان السموات السبع والارضين السبع ليلعن الشيخ الزنى وان فروج النارليؤذى اهل النار نتن ريحها
Sesungguhnya tujuh pertapa langit dan tujuh bumi mengutuk kepada orang tua yang berzina dan sesungguhnya bau busuk kemaluan pelacur akan menyakitkan penduduk neraka.
(HR. Al Bazzar)

>>> Jauhilah zina kerana perbuatan itu di laknat Allah...  Kita sebagai hambaNya haruslah membuat banyak amalan yang baik untuk akhirat kelak sesungguhnya kita adalah pinjaman.. Andai kita sayang kepada seseorang kita harus menjaga dia dengan baik dan beritahulah kepada Pencipta bahawa aku juga suka kepadanya..

Friday, January 18, 2013

Permata..

Dah lama aku tak meluahkan perasaan dekat bell diary..
Now i want to tell you all pandangan bell dan luahan isi hati bell..
You know what...
Permata dengan berlian mana satu anda akan pilih?
Bagi bell, bell akan pilih permata..
Awak - awak semua..
tak perlu bersedih kalau awak semua sekarang tengah frust menonggeng sebab break off dengan kekasih..
Bagi bell awak semua perlu menangis kalau anda kehilangan ibu awak semua kalau satu hari dia tinggalkan kita buat selama - lamanya..
Kekasih boleh di tukar ganti, cari yang lain..
tapi ibu...??
mana awak semua nak cari ganti?
ibu ada satu je dalam dunia ini...
hargailah selagi ibu awak masih hidup..
kita tak mampu dan tak kan boleh membalas semua pengorbanan yang selama ini ibu kita buat..
andai ibu awak semua telah di jemput Ilahi maka hilanglah doa untuk kamu semua..



Ya suatu ketika dahulu aku merasakan aku kurang kasih sayang dari ibu & abah...
tetapi kini aku sedar ibu dan abah sayang sangat dekat aku..
Bell harap bell di panjangkan umur dan di beri kesempatan untuk membalas jasa dorang..

Dan..
memang tak dinafikan putus cinta itu sakit.. 
tapi...
Bell dapat buktikan dekat semua bell boleh harungi semua tu..
bell tak penah cari balik Aizuddin...
tak penah contact dia..
dan..
bell tak pernah keluarkan air mata untuk aizuddin..
membazir..!!
tapi tak bermakna bell bencikan dia..
tak ada perasaan benci terhadap dia..
bell dah lama maafkan dia...
bell tawu..
Aizuddin bukan jodoh bell..
then..
Bell boleh cari orang yang jauh lagi baik dari dia..
awak semua..
tak perlu membazirkan air mata untuk kekasih..
tetapi air mata patut di keluarkan apabila kita berdating dengan Allah..
love 

Im back...

Yuhuuu.. 
Assalamualaikum u olls... 
setelah sekian lama menyepi sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar kini aku sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak dan seorang anak... 
Kini aku sedang bercuti ..
so heaven sangat aku ada kat rumah..
Aku rasa belum terlambat nak cakap selamat datang tahun 2013...
Aku harap tahun ni membawa seribu kenangan dan kebahagiaan buat aku...
Jadikan 2012 sebagai pengalaman dan pengajaran..
Semoga aku dipanjangkan umur, sihat dan sentiasa happy...
semoga aku tabah mengharungi cubaan dan dugaan yang akan datang...

You Might Also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...