Tuesday, June 26, 2012

Rindu..

Awak..
kalau awak baca blog saya..
saya nk bagitahu.. 
saya rindu dekat awak..
ketahuilah bahawa saya dah tak marah kat awak..


Marah tu pada hari itu aje..
Esoknya saya dah cool..
saya cuma bagi awak masa aje..
saya tahu..
awak rasa serba salah..
tak apa..
Saya dah maafkan awak dah.. 
^_^

Sunday, June 24, 2012

Biskut


Anda ingin kurus? anda ingin sihat? Mari dapatkan biskut ini dengan segara.. Biskut ini baik untuk kesihatan.. tiada tambahan gula.. Daun stevia ini telah menjadikan biskut ini manis.. rasa manis biskut ini semula jadi.. biskut ini juga mengandungi mengkudu.. 

Biskut ini boleh di dapati dimana?

Temui saya di MAHA yang akan berlangsung pada 25 JUN 2012 sehingga 1JULAI 2012..
Di Paroi, Seremban..

Mari ke seremban.. tunggu apa lagi.. !!

Saturday, June 23, 2012

Beralah..

Hidup aku sebagai manusia selalu di takdirkan untuk beralah.. 
tiada sesiapa yang akan faham kita.. 
kenapa ya? 
hati orang kita selalu menjaga dengan baik..
 hati kita sendiri tiada siapa yang sanggup menjaga..


Janji..

Manusia selalu mungkiri janjinya.. SELALU.. kalau rasa tak boleh berjanji jangan berjanji dengan orang.. dan aku memang tak suka kalau orang da cakap boleh tapi at last orang tu tak ada.. dan aku menunggu macam orang bodoh kat sini.. aku call beratus kali pun tak akat.. at least kalau tak jadi bagi la tahu.. ini tak.. diam aje.. dia ingat aku ni apa?


>>>> next week aku pergi kerja dengan bos aku.. bos yang hensem, baik, take care pasal aku, yang penting gentle..

Wednesday, June 20, 2012

Inkubator..

Entry kali ini aku taip kat ofis di kala bos tak de.. 
HAHA.. 
Bos pergi meeting..
then aku la jadi manager... =P

Ni la muka budak demam.. Salah Aizuddin bawa virus..

Aku praktikal dekat Nourish Care Sdn Bhd Company..
 kat sini manager and assistant manager sangat lah baik..
Selalu tanya and take care pasal aku.. 
hehe..
Assistant Manager dia En Faizul Hensem..  =P
opss.. terlebih sudehhh..
nanti baby saya jeles pulekkk...

Company ni jual produk kesihatan khusus untuk orang yang ada kencing manis..
ada dua jenis produk..

1- Biskut..
2- white coffee..

Biskut dia sangat sedap..
kalau nak beli meh la..
aku jadi marketing person dalam syarikat ni..

>>> sudah.. aku nak buat kerja yang bos bagi.. okay.. nanti update lagi eh..


Tuesday, June 19, 2012

Sweet Memory

Entry arini aku nak cerita apa yang terjadi pada 18 JUN 2012..
Ada dua peristiwa yang berlaku arini..
Dua - dua memang kenangan yang manis bagi aku...

1. Harini aku kene lapor diri dekat FRIM.. untuk menjalankan Latihan Inkubator..
2. Today is our first date.. 


Setelah 8 tahun tidak bertentang mata.. akhirnya dia datang kawasan rumah sewa aku dekat selayang secara mengejut..  Actually aku dah terlelap sekejap sebab aku rasa terlampau penat.. chewing gum adalah saksi.. Dia suruh aku simpan buat kenangan.. HAHA...

Dan..

Yang berlaku pada malam tu biarlah antara aku dengan dia yang tawu..

Awak..
Thanks about last night..
18 Jun 2012 is our first date..
Malam tadi after awak balik saya tak dapat tidur.. HAHA..


>>> sekarang aku demam sebab maybe berjangkit dengan dia sebab dia demam time kita orang date.. hihihi

Saturday, June 16, 2012

Marah..


Disaat aku menaip entry ini aku sedang marah.. 
SUNGGUH..!!!!!!..
Aku tengah marah kat seseorang..
Aku paling benci kalau aku tengah ada perasaan marah..
Kalau orang da buat aku marah...
Korang memang cari NAHAS..

Aku memang susah nak marah gila - gila..
Tapi aku cepat merajuk..
Bila aku merajuk..
Aku cepat cair..
Dan..
Aku senang nak mengalirkan air mata..
Aku terlampau sensitif..
TAPI..
Kalau aku tengah marah...
Aku memang susah nak cool..
so..
TOLONG JANGAN CAKAP DENGAN AKU..!!!!


Nasihat aku kepada semua orang..
kalau PAKAI HANDPHONE sila ANGKAT CALL..
Aku memang pantang kalau call orang tak angkat..
Tak kira siapa...
Dimana..
Dan..
Pukul berapa..

>>>> Di sebabkan aku marah.. aku da LEMPAR & BALING HANDPHONE aku kat dinding... Aku jugak still tak check handphone tu okay ke tak.. Aku MALAS nak check..
Aku memang sakit hati sangat sekarang... Tolong lah.. Aku ni bukan TUNGGUL KAYU okay..!!!!
Kenapa semua orang nak buat aku marah pada 16 JUNE 2012?? Dari pagi tadi smpi sekarang aku still tak cool lagi..!!!!!


Friday, June 15, 2012

Mengapa..


Mengapa aku sering merasa bahawa tiada tempat untuk aku di hati orang yang aku sayang?
Mengapa semua orang yang aku sayang tidak dapat meluangkan masa untuk aku?
Mengapa di saat aku memerlukan seseorang mereka sering tiada?

Mengapa aku tidak dapat merasai kebahagiaan seperti mana orang lain mendapatkan kebahagiaan?
Mengapa aku sering kali merasa bahawa kebahagiaan bukan milikku?

Aku tahu..
Tiada seorang pun yang sempurna..
Di dunia ini tiada yang sempurna melainkan ada yang menyempurnakannya..
Amat sulit untuk menemui insan yang sanggup menerima kita seadanya..
Susah untuk di luahkan dengan kata-kata..
Hanya DIA sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku sekarang..

Mengapa sering kali aku merasa aku adalah insan bukan terbaik untuknya?
Mengapa sering kali aku merasa tiada orang yang menghargai kehadiran aku?

Aku manusia lemah..
Aku tidak sempurna..
Aku manusia biasa yang mengharapkan dan mengimpikan kebahagiaan..
Aku berharap..
Satu hari nanti kebahagiaan akan menjadi milik aku jua..


Apa nak buat?


Apa nak kena buat?
Sudah balik rumah aku pun tak tahu nak buat apa...
Usually setiap kali cuti sem aku balik rumah for sure aku akan tolong abah for the whole day..
TAPI..
sekarang pakcik aku sudah ada..
dia duduk dekat rumah aku sekarang..
dia tak ada kerja sekarang..
so..
dia kerja dengan abah...
then..
Sekarang pekerja abah semuanya lelaki..
tak kan aku nak join sekali kot?
aku ni perempuan..

Aku sudah tak ada privacy..
sebab..
ada orang luar duduk sini jugak..
siapa?
Pekerja abah lelaki yang sorang ni duduk kat rumah aku jugak..
oh no..
Aku tidak selesa..
=.=
HELP me please...

>> Itulah kerja aku bila cuti sem selain ambil alih kerja ibu.. macam semua perempuan buat.. Kemas rumah, basuh kain, jemur kain.. dan banyak lagi.. TAPI..  ada banyak masa terluang.. nak hangout pun tak ada teman yang sudi... =(

Thursday, June 14, 2012

Rumahku Syurgaku

This is my house..

Dikala aku tengah menaip entry ini..
Aku sudah berada di RUMAH...!!!!!

Rumahku syurgaku..~

yeahh..
this is my house...
cantik tak?
ehem..
tak ada la cantik mana & tak ada la besar mana macam korang tgk kat gambar ni..
tapi alhamdulilah..
aku bersyukur sebab kehidupan aku sungguh selesa..

tapi..
jangan tak tahu..
semua orang pasti akan jatuh cinta kalau datang rumah aku..
HAHA
view dia sangat best..
rumah aku atas bukit..
depan taman..
pastu menghadap PUTRAJAYA..
yeahh..
that why i like my home..
sungguh tenang suasana dia..
tak sesibuk dekat rumah aku yang dekat ampang tu..

>>> P/s : sudah lama aku tak menjenguk rumah aku satu lagi kat Ampang.. HAHA

Wednesday, June 13, 2012

Berakhirnya...

Dengan berakhirnya Paper Human Resource Management maka berakhirlah semester 4..


Semestinya aku nak cakap..

bye..

bye..

PERLIS...

aku BALIK KL for 3 months okay..

warga-warga Perlis jangan rindu aku ye..

Jumpa di semester 5 ya..!!

Take Care semua..

>>> tonite im going back home sweet home.. have a safe journey.. =)

Monday, June 11, 2012

Orang Penting..


Orang yang paling penting dan orang yang paling aku sayang adalah ibu & abah aku.. 
Tiada siapa yang boleh gantikan tempat dorang..
Aizuddin pon tak boleh gantikan tempat dorang..
Ibu & abah tak dapat digantikkan dengan sesiapa tetapi kekasih hati boleh di gantikkan dengan orang lain..
Jikalau mereka sudah tiada di dunia ini aku tak tahu nak cakap macam mana.. 
Tapi yang paling pasti..
Aku akan rasa hidup aku sangat gelap..
Aku juga rasa kedua kaki aku tak dapat nak bergerak..
Kudrat ku sudah tiada..
Hati aku akan rasa kosong & kehilangan..
Mereka umpama nadi, jantung dan payung bagi aku..
Bagi aku ibu & abah nilai dia amat mahal..

Walupun korang bagi segunung emas pun kat dorang.. 
Emas tu tak setimpal dengan pengorbanan yang dorang dah buat utk kau..
Seriously, kalau orang atau ada ceramah pasal ibu & abah setiap kali tu aku akan menangis..
Aku sedih..
Aku sayu..
Dan setiap kali kalau ibu aku asik cakap ' kalu ibu mati macam mana korang nanti?'
Perkataan tu aku paling pantang aku dengar..
setiap kali dengar memang cepat je airmata membasahi pipi..

..My Soul..

Antara ibu & abah aku..
Aku paling rapat dengan ibu aku...
Apa-apa masalah ibu akan tahu dulu daripada abah..
Ibu selalu ada untuk aku..
Ibu senantiasa memberi semangat..
Ibu adalah pendengar yang baik..
Masa aku sekolah dulu, ibu cakap aku seorang yang pendiam..
Tapi lepas aku masuk matrik aku jadi peramah dalam family..
Dulu...
Ibu tak penah tahu pun aku apply apa lepas SPM..
Ibu tak penah pun ajar aku macam mana nak apply sebab ibu pun tak tahu..
Ibu jugak tak penah tahu tiap-tiap pagi aku akan buat ulangkaji time aku sekolah dulu..
Adik perempuan aku je yang tahu.. HAHA.. 
Dia selalu bising sebab aku buka lampu study dalam bilik sebab terang sangat..
Yang ibu tahu lepas balik sekolah aku menghadap internet, tengok tv 24 hours..
Masa result SPM ibu terkejut dengan result aku dapat..

Kalau abah pula.. 
Abah jenis yang tak pandai tunjukkan kasih sayang..
Abah garang...
Abah lain dari yang lain..
Dia jenis yang suka kritik & cabar anak-anak dia..
Abah tak penah bagi semangat dekat aku..
Abah selalu bagi kritikan..
semuanya pedas-pedas belaka..
Dengan kritikan tu la aku dapat masuk U..
Dengan kritikan & cabaran tu la yang buat result SPM aku okay..
Dengan selalu kena rotan jugak lah aku hampir berjaya sekarang..
Abah paling pantang kalau anak-anak dia tidur lepas solat subuh..
kalau kita orang tidur lepas solat subuh confirm bergegar rumah kitaorang..
HAHA...
Sebab tu tak da siapa yang berani tidur balik..
kalau tidur balik memang kena marah..
Abah akan buat kita orang bangun..
Aku sayang abah aku..
Apa keperluan aku yang tak cukup abah akan usahakan..
Paling best..
Kalau aku nak makan apa-apa abah mesti akan masakkan..
Seriously, air tangan abah tiada tandingan..

..My Family..

Setiap kali aku balik hostel aku akan rindu dengan family aku.. Aku rindu nak gaduh dengan adik aku, aku rindu nak rasa sibuk, aku rindu nak tengok tv sama-sama satu family setiap petang.. aku rindu nak berdebat dengan abah.. aku rindu nak tolong abah setiap pagi.. dekat rumah ibu & abah selalu akan kejut semua anak dia bangun solat subuh.. Aku rindu nak baca yasin ramai-ramai setiap malam jumaat.. Aku rindu nak lepak dengan family aku dekat halaman umah sambil bersaksikan anak rabbit yang sedang bermain- main.. Aku rindu semuanya..!!!

Dulu masa aku sakit, ibu & abah orang yang paling risau pasal aku.. Ibu yang jaga aku selama 2 minggu aku masuk hospital siang & malam.. Berkat dari doa family aku lah yang buat aku totally sembuh dari penyakit yang boleh di kategorikan merbahaya & terlepas dari segala kemungkinan..  Masa tu baru aku sedar dorang yang paling penting dalam hidup aku.. Ibu, abah terima kasih untuk segala-galanya.. kak long sayang sangat dengan ibu & abah.. Nasihat aku hargailah orang tua anda sebelum dia pergi meninggalkan korang..

>> Cukuplah sampai setakat ni..aku da tak sanggup meneruskan penulisan aku di blog ni tentang kisah ni.. Banyak air mata aku sudah membasahi pipi ketika menulis entry ini.. nanti banjir pulak bilik aku dengan air mata.. huhu..

Blog..


Entry kali ini blog..
kenapa mesti blog??
Korang tahu tak sebenarnya blog ni da macam diari kehidupan aku..
Blog ni boleh memberi semangat, bole menguatkan hati aku yang sangat rapuh ni..
Kadang - kadang blog ini dapat memuaskan hati aku apabila aku meluahkan isi hati aku dekat sini..
Blog ni umpama manusia...
Tak semua orang selalu ada bersama kita dikala susah & senang..
Ya, aku memang akui mengadu dekat Allah jauh lagi tenang..
Ya, aku juga mengakui dekat Allah juga kita boleh curahkan segala - galanya..

Dan..
Ya, memang aku tak nafikan kalau kita luahkan isi hati kita dekat orang boleh lega..
tapi..
bagi aku..
nak cari orang yang betul - betul boleh menjadi pendengar yang baik adalah sikit..

Orang - orang yang aku percaya family aku sendiri, kawan baik aku..
terlalu sikit..
dorang tak selalu ada bersama aku..
dorang terlampau sibuk..
Aku akui ada rasa sedikit hampa dan kecewa..
tapi kena faham dorang pun ada kehidupan sendiri & dorang pun ada masalh jugak.
disebabkan tak nak bebankan mereka..
maka wujudlah blog ni..

>>>> Terima kasih kepada insan yang penah hadir dalam hidup aku pada suatu ketika dahulu..  dialah yang ajar aku untuk menulis & everything about this site... tak perlu mention nama sebab ia adalah sejarah silam..


Sunday, June 10, 2012

Tak Sangka


Tak sangka..
ada orang jugak yang sangat menyayangi aku..

Aku sungguh terharu..
Aku rasa sayu..
Walaupun aku sudah lama meninggalkan alam sekolah..
Cikgu & ustazah aku still take care pasal aku..

Ya Allah..
Kau panjangkanlah umur mereka,
Berikanlah mereka kesabaran & ketabahan dalam menjalankan tugas mereka sebagai  warga pendidik..
Aku sayang akan mereka..

Terima kasih guru - guruku kerana telah menjadikan aku orang yang berguna...
Tanpa anda siapalah aku..
Tanpa anda aku tidak akan berada di tahap sekarang..
Nasihat - nasihat yang di beri aku akan ikut.. =)

>>> Aku rindu semua guru - guru yang telah mengajar aku..

Cepatlah


Aku nak cepat abis exam.. 

nampakkan gambar atas tuh?

 sebab tu la nak cepat abis..

AKU...

NAK BALIK..!!!!!!!!!!

NAK BALIK...!!!!!!!!!

Balik ni aku da ada misi..

1. Lepas rindu kat ibu, abah, adik - adik & kat bilik serta katil yang empuk & cantik tuh.

2. Tidur puas - puas.


3. Bagi kasih sayang kat anak - anak rabbit.


4. Nak Shopping.. (sapa boleh teman eh).


5. Tengok Tv puas - puas.



>>> Tak larat nak kerah otak untuk jawab soalan exam...


Friday, June 8, 2012

Hati...


Hati..
tiada siapa yang boleh faham apa isi hati kita..
tiada siapa yang boleh membahagiakan hati kita..
tiada satu manusia yang boleh buat hati kita rasa tenang..
tetapi..
hanya Allah sahaja yang faham & tahu apa yang ada dalam hati kita..

Hati..
Kadang kala manusia hanya suka mempermainkan..
kebanyakkan manusia tidak mampu untuk menghargai orang menyayanginya..

Hati..
mengapakah kau sering menjadi mangsa?
mngapa??
mengapa hati aku sering kali lembut?
mengapa?

Hati..
mengapakah kau sering kali menerima orang yang tidak tahu hargai kita?
mengapa kau jadi selembut kapas?

Diriku rasa sangat sakit..
sungguh hati aku rasa di siat, di permainkan oleh manusia..
dimanakah kebahagiaan ku?

Aku rasa sangat terluka..
hanya aku seorang yang tahu betapa sakitnya..
Aku insan yang lemah..
Tabahkan aku untuk melalui setiap ujianMu Ya Allah..
 =(


Thursday, June 7, 2012

Vandalisme


Vandalisme..!!!

Sapa punya keje la kan?
tak tahu.. tak tahu...

TIPU..!!

TIPU..!!

Aku tawu sapa punya keje sebenarnya.. 
HAHA..
orangnya adalah...

JENG3x..

MUHAMMAD AIZUDDIN..!!!

punya keje..

Aku tak bersalah.. hehe..
 =P


Wednesday, June 6, 2012

Happy birthday

This entry special buat cik su..


Happy birthday to my auntie for 30 years old..
* May Allah bless you always..
* Moga panjang umur & di murahkan rezeki..
* Semoga berbahagia selalu disamping keluarga tersayang
* Moga apa yang di impikan akan tercapai..


okay this is my auntie..
Cantik, jelita & sangat sporting to her niece, nephew & to all our family..
We really - really love her so much..
 You are the best cik su...!!!!


Thanks for your advice yesterday...
Akan ku simpan, cari & gali serta turut..
(^_^)
Enjoy for your birthday..

Budak Bajet


Di sebabkan budak ni sudah jumpe blog aku.. aku da janji nk buatkan satu entry untuk dia.. 
mesti korang tertanya - tanya sapa dia ni??
HAHA...

Budak yang bajet cun (eh aku pon tak tahu dia rasa CUN ke KACAK) nama dia AYUNI...
Dia seorang yang ganas, garang tapi dia suka jugak la take care pasal kawan - kawan dia..
tu pasal dak bilik dia panggil dia MAMA..
Tapi..
Bila ganas macam ni macam perempuan melayu terakhir da hilang sikit..


Sometimes..
Apa yang ayuni cakap boleh buat orang terasa (bagi orang yang senstif sangat) sebab sometimes dia ni cakap main ikut sedap dia aje..
For the first time, aku ingat lagi dalam ramai kawan - kawan aku dia sorang je penah cakap aku ni berlagak..
Lepas apa yang dia cakap tu..
Memang malas aku nak cakap banyak..

tapi..

Dia ni ada baiknya jugak..
Kalau orang tu sakit orang yang pertama akan tolong & jadi nurse dia lah orangnya..
Memang garang dia tu boleh buat orang tunduk ngan dia..

Untuk pengetahuan..
Ayuni ni jugak ramai orang senang kawan dengan dia..
sebab..
dia suka tolong orang..
dia jugak seorang pendengar yang baik kalau seseorang tu ada masalah..
tapi..
aku tak penah pun cerita kat dia apa - apa pun..
hehe...
aku cakap macam tu pemerhatian aku aje...

Aku pun tak tahu sangat pasal dia walaupun aku satu rumah & satu family angkat..
tapi..
tu je la yang aku tahu..

Dan..
Aku nak ucap terima kasih sebab kau sudi kawan dengan orang macam aku..
(^_^)

Aku memang susah nak rapat dengan orang lagi - lagi kawan..
hehe..
Aku ni memang pilih kawan sikit..
sebab hati aku ni macam kapas..
Sensitif..
Hanya family & kawan baik aku je yang tahu betapa sensitifnya aku..
korang je yang tak tahu..

Bila korang mengata aku tapi kalau tengok aku buat - buat tak tahu & buat - buat tak dengar..
sebenarnya..
aku tahu & aku simpan dalam hati.. =)


# Cukup.. sampai tu aje aku nak type..  Ayuni thanks sebab kau kenakan aku semalam... TERBAIK...~



Tuesday, June 5, 2012

This Night..

Entry kali ini.. 
Pada malam ini di saat orang tengah sibuk study subjek risk aku sibuk dengan blog..hehe.. 
tapi tak pa... 
aku tak amik risk.. 
bukan apa.. 
aku rasa belum terlambat lagi nak buat entry khas untuk cikgu kesayangan aku..

to my lovely teacher..
Cikgu Zulina..

 * Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki..
* Semoga berbahagia disamping family tersayang..
* Semoga diberi ketabahan apabila menjalankan tugas sebagai seorang guru..

dan..

Saya nak ucapkan terima kasih banyak - banyak dekat cikgu sebab cikgu selalu bagi sy kata - kata semangat & telah didik saya sampai saya berada di tahap ini..

Saya amat merindui cikgu..

I love you my teacher..

(^_^)

Friday, June 1, 2012

Sometimes...


Sometimes..
kita merasakan kita memang faham sangat dengan orang yang kita sayang.. 
tetapi..
sebenarnya tidak..

Sometimes..
kita rasa kita ni hebat.. 
tetapi..
sebenarnya tidak..

Sometimes..
kita rasa yang diri kita ni cukup bagus... 
tapi sebenarnya tak..

Sometimes..
Kita juga merasakan bahawa orang yg kita sayang tu tak sayang kita..
tak concern pasal kita..
tetapi..
sebenarnya dia sayang dekat kita..
dia ambil berat pasal kita..
cuma..
kerana kesibukkannya yang membuatkan dia sebegitu..
dan itu hanya perasaan kita saja..

Sometimes..
kita harus mengalah..
kita harus belajar...
kita harus faham..
Jika kita nak orang lain faham kita...
kita kena faham orang tu dahulu baru lah orang lain faham akan diri kita..

Dalam sesuatu perhubungan & persahabatan..
tidak semestinya selalu indah..
kadangkala..
semua itu pahit..
tetapi..
pahit tu lah yang menjadikan.
corak makin bersinar..
apajua sekalipun..
SABAR..
adalah kunci dalam sesuatu..
Perhubungan & persahabatan..

# Now da bulan June.. semoga bulan ini penuh dengan keceriaan & kesabaran serta di berkati..


You Might Also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...