Saturday, January 26, 2013

Istiqomah..


Ya, ini kenyataanya, banyak yang ingin berubah, tetapi dia tidak pernah belajar cara berubah dengan betul dan tetap akan dengan pendirian dalam dirinya.. 

Istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah.
Selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”


" Change is for everyone but only strong person can accept the change. "

Apabila kita menetapkan hati kita untuk berubah berbagai bentuk badai yang mendatang..
Kita senantiasa di uji Allah dengan pelbagai dugaan dan cabaran..
Insan yang tidak pernah kenal erti putus asa dan kuat akan memperoleh kemenangan untuk dirinya yang sedang memperjuangkan hijrah mereka..

" Asas kepada Kejayaan adalah perjuangan dan kesabaran.. "

Betul... betul... 
Setiap kesabaran akan digantikan dengan kemenangan..
Setiap yang pahit ada kemanisan yang penting kita harus berpegang teguh dengan pendirian dan memerlukan azam yang tinggi..

Bagi yang lemah hatinya, tidak tetap akan pendiriannya harus bertanya kepada diri sendiri..
" Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.? "
Aku berubah atas niat apa?

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.

Macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". 
Jawapannya cari Allah.. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. 
Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.?

Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. 
[HR Muslim]

Tidaklah akan istiqomah iman seorang hamba sampai istiqomah hatinya, dan tidak akan istiqomah hatinya sampai istiqomah lisannya 
[ H.R Ahmad ]

Tiga kepercyaan yang perlu ada pada diri kita iaitu :
1. Percaya bahawa Allah akan menolong kita kerana Dia sentiasa berada di sisi kita..
2. Percaya dan yakin pada diri sendiri anda boleh melakukannya...
3. Percaya dengan tujuan kita.. Tujuan yang baik akan di permudahkan urusannya..

Bentuklah hati kita dengan kata-kata yang membangun..
Ramai orang mengeluh, memaki, dan bersifat negatif yang boleh membuatkan hatinya kotor..
Bersihkan, indahkan dan perkuatlah kata-kata kita agar hati kita kuat dan teguh dalam pendirian..
InsyaAllah...
Bell harap bell dapat beristiqomah dalam melakukan perubahan ini..

No comments:

Post a Comment

You Might Also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...