Monday, January 21, 2013

Need to change..!


Pasti dalam diri kita pasti pernah terdetik untuk berubah. Perompak pun pasti dalam suatu saat dalam hidupnya ingin berubah. Mahu berubah ke arah mana? Berubah ke arah kebaikan. Apabila kita ada rasa ingin berubah atau melihat orang yang berada dalam keadaan ingin berubah ini, suka diingatkan untuk kita,  janganlah kita menganggap refleksi itu sebagai ‘buang tabiat’ sebaliknya hendaklah kita fahami dengan yakin, bahawa itulah sebenarnya fitrah.

Siapakah kita telah jadi hari ini, dan siapakah kita akan jadi pada hari esok.? Muhasabah diri..
Mari kita sama – sama bermuhasabah, bagaimana kita melayan dosa-dosa kita? bagaimana kita melayan kesilapan – kesilapan lalu kita. Adakah kita menganggap dosa itu satu perkara kecil? Hingga kita melengah-lengahkan taubat kita kepada Allah SWT? Apakah kita menganggap, dosa itu satu perkara yang bersih, sehingga kita tidak tergerak untuk mencucinya segera...


Apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

 “ Dambakan imam muda, didiklah diri menjadi makmum muda. Dambakan putera puteri agama, didiklah diri menjadi permaisuri agama..”

Yes, I need to change my attitude, my dress and all that I think wrong…  Kadang kala pabila tengok orang sekeliling yang sudah berubah kearah lebih baik, ingin menjadi seorang wanita ke arah syurga bell rasa amat kerdil dan terasa ingin juga mengikut jejak seperti mereka akan tetapi kekuatan diri ini belum cukup kuat..
Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.

“ Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful ”

Nak berubah itu sukar kita memerlukan kesabaran yang tinggi untuk berubah..  Jangan terlalu memaksa dan berubah secara drastik..  Cukuplah sekadar berubah secara perlahan – lahan.. Bell sendiri sedikit demi sedikit cuba untuk berubah untuk menjadi seorang wanita solehah.. Jangan takut, ALLAH bersama kita..

Allah berfirman :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri”
(Al-Baqarah : ayat 222)

Berubah mendekatkan diri kepada ALLAH bukan bererti meninggalkan dunia dan segala keseronokan diwaktu alam remaja. Islam tidaklah begitu ‘kencang’ sehingga mengekang fitrah manusia yang sukakan kepada benda-benda hiburan yang menyenangkan hati. Dan membungakan jiwa.

Berubahlah, hanya kerana redha ALLAH.
Berubahlah, kerana kau memang perlu berubah.
Berubahlah, kerana memang inilah masanya kau untuk berubah.

Langkah demi langkah. Perlahan-lahan dan istiqamah.

Kita lebih kenal diri kita masing-masing bagaimana. Maka, kuncinya adalah diri kita sendiri. Biarlah sikit tapi berterusan, amalan begitu lebih ALLAH sukai..!

No comments:

Post a Comment

You Might Also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...