Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta
semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya
apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah
saya yang sebenarnya..
Hari ini, saya
cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul
dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak
sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih
sayangkan awak.
Tapi jika ada yang
lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1
sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan
dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki
saya melangkah ke syurga "
No comments:
Post a Comment