Thursday, March 8, 2012

Wanita Solehah..

...Rasullulah bersabda :
 " Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik - baik perhiasan adalah wanita solehah. " 
( HR muslim )

Aku ingin menjadi wanita yg solehah... wanita solehah adalah impian aku.. Aku memerlukan seseorg yg boleh membimbing aku ke arah itu.. byk yg perlu di perbaiki utk menjadi seorg wanita yg solehah.. aku ingin berubah bukan kerana manusia.. tetapi aku ingin kerana Allah S.W.T..



Wanita solehah adalah wanita yg baik akhlaknya... wanita solehah juga sentiasa menjaga auratnya, tingkah laku, & wanita solehah juga sentiasa taat & melakukan kebaikan yg disuruh Allah serta meninggalkan larangan-Nya..

Wanita solehah juga sentiasa mentaati ibu bapa mereka... wanita solehah juga tidak melupakan jasa org tua yg telah membesarkannya dgn penuh kasih dan sayang...

Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pd kecantikan pada wajahnya, kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu, Bukan pada kemanisan biacaranya yg mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan bermain lidah, memujuk rayu. Bukan & tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah, bukan pada barang kemas atau perihal org lain.. tapi pada perjuangannya meningkatkan mertabat agama...

Wanita yg solehah tidak bangga dgn kecantikan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman.. tetapi wanita solehah jaga & pelihara kecantikan dalaman, agar diri ini sentiasa bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi..

Wanita yg solehah tidak berbangga dgn ilmu duniawi yg mereka kuasai, kerana ada lagi manusia yg lebih berpengetahuan dari mereka..

Wanita solehah juga tidak berduka dgn kekurangan diri mereka kerana ada lagi insan yg lagi kurang bernasib baik dari mereka..

Wahai wanita solehah jgn dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yg bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya..


>>>  Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli... kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti..
Lembut bukan hiasan, bukan jua kebanggaan.. tapi kau sayap kiri pada suami yg sejati...
Di sebalik bersih wajahmu, di sebalik tabir dirimu.. Ada rahsia Agung tersembunyi didalam diri.. itulah sekeping hati yg takut pada Ilahi..



No comments:

Post a Comment

You Might Also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...